..:: DUNIAMUZIKFM™ ::..
.:: DUNIA MUZIK ANDA™ ::.

DUNIAMUZIKFM


Anda Di Alu Alukan

Mari lah kita eratkan sillaturahim antara kita

Khamis, 13 Mei 2010

MINIT MESYUARAT PENAJA BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA 2,TMN. MUTIARA SG. KOB.(BKKF2TM) TAHUN 2010

Tarikh : 29.03.2010 ( ISNIN )

Masa : 9.30 MALAM

Tempat : PASTI TMN.MUTIARA

Kehadiran : 28 orang



Pengenalan:

Penduduk di Tmn. Mutiara ,fasa 2 ( yang sebahagian nya ) telah bersetuju dan ingin menubuhkan Pesatuan Khairat Kematian. maka satu perjumpaan telah di hadiri seramai 28 orang . Bertempat di Rumah PASTI 3,jalan 18/3 Taman Mutiara.Maklum balas yang di terima amatlah menggalakkan. Objektif persatuan bagi meringankan keluarga si mati di samping mengeratkan silaturahim sesama penduduk . Penduduk yang ingin menjadi ahli juga mengharapkan persatuan ini dapat di daftarkan dengan pendaftar pertubuhan .


AGENDA

Melantik Pengerusi mesyuarat
Mesyuarat telah sebulat suara melantik pengerusi mesyuarat bagi menguruskan mesyuarat khairat kematian .

Ucapan pengerusi mesyuarat
Tuan Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir. Tujuan mesyuarat adalah untuk menubuhkan persatuan Khairat Kematian di kawasan fasa 2,Tmn. Mutiara,Sg. Kob. Perjumpaan ini adalah untuk membincang dan melantik ahli jawatankuasa untuk merangka,mengurus dan mentadbir persatuan .Memandangkan masaalah kerja dan sebagainya maka penglibatan semua pihak untuk hadir tidak dapat dielakkan ,walaupun kita memandang pada hari cuti umum atau cuti hujung minggu namun kita tidak mampu untuk menjangka akan kehadirannya . Kita hanya mengharapkan kerjasama semua penduduk agar persatuan yang ingin kita tubuhkan menjadi kenyataan . Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir .



Bacaan Doa

(Resolusi Penubuhan Persatuan)

Ucapan oleh sdr.Azizan Bin Morat
Beliau bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan izin dan Hidayah Allah Swt.maka sama-sama dapat berkumpul dengan satu tekad untuk berusaha menubuhkan Badan Khairat Kematian Fasa 2, matlamat pada permulaan ini adalah sekadar membantu meringgankan beban ahli/waris,tanggungan yang meninggal dunia dalam bentuk wang ringgit..Beliau bersama sahabat2 hanya mencadang ,memproses mengikut kehendak ahli2 disamping syarat-syarat dan terma serta mematuhi pelembagaan pendaftar pertubuhan Malaysia .Beliau juga berharap bahawa apa2 kemusykilan atau salah tafsiran terhadap kandungan buku peraturan perlembagaan mohon diperbetulkan dan jika ada apa2 perkara yang lebih baik dari apa yang ada ini maka beliau berharap kita sama2 lah mengubahnya .Disini beliau mengambil kesempatan kerana tujuan kita disini adalah ingin mengadakan sebuah persatuan khairat dan tidak dapat lari dari membuat kesilapan maka beliau mohon tunjuk ajar dari tuan2 yang arif dari segi pentadbiran mahupun aspek undang2 kerana merasakan sudah sampai masanya kita perlu mengadakan sebuah persatuan demi masa depan anak cucu kita ,biar lah permulaan ini kita merangkak dan bersusah-payah sedikit ..Insyaallah harapan di masa depan kita ingin melihat persatuan ini ditadbir dengan berwibawa dan ekfisen serta mempunyai team urus kematian profesional untuk itu langkah pertama akan menentukan langkah yang seterusnya mencapai kejayaan . Beliau seterusnya mencadangkan :-


Mencadang danMeluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan Persatuan
Mesyuarat setelah berbincang tentang nama pernubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama “ Badan Khairat Kematian Fasa 2 Tmn. Mutiara,Sg.Kob ( BKKF2TM )” dan alamat nya ialah di no. 1189 lorong 17,Taman Mutiara Sg. Kob,09700 Karangan.

Cadangan : Azizan bin Morat
Sokongan : sebulat suara

Perlembagaan Pertubuhan
Kandungan Perlembagaan seperti yang dilampirkan. Mesyuarat bersetuju untuk mendaftar pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan . Tugas bagi pendaftaran ini akan di serahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskan nya .
Mesyuarat juga telah bersetuju dengan sedikit pindaan dan Cadangan mengunakan buku peraturan /perlembagaan yang sediada sebagai sah sebelum pindaan di buat pada mesyuarat yang akan datang .

Cadangan : Azmi bin Derani
Sokongan : sebulat suara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan